Air Colloidal Silver (CS) - Air Perak Terampai
Colloidal Silver ialah air perak terampai yang digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit-penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Ia banyak digunakan di zaman sebelum kehadiran antibiotik sebelum perang dunia ke dua sekitar tahun 1930an.
 | |
Kualiti gred pertama
Colloidal silver jernih
| Kualiti gred kedua Colloidal silver kuning
|
Selepas tahun 1930an, penggunaan antibiotik dalam merawat jangkitan kuman bagi menggantikan perak menjadi lebih popular disebabkan proses penghasilan CS agak rumit dan menelan belanja yang besar berbanding antibiotik. Pada zaman awal penggunaan antibiotik, manusia masih belum mengetahui kesan sampingan yang memudaratkan dari penggunaan antibiotik.
Namun setelah banyak kajian dijalankan tentang antibiotik moden, kesan mudarat daripadanya mula menyerlah, menyebabkan ahli-ahli sains mula mencari kaedah lain yang lebih selamat dan murah. Sebahagian dari mereka seperti Dr. Robert Beck yang menjadi pelopor kepada kemahsyuran CS, kemudiannya kembali membuat kajian ke atas CS dengan menggunakan teknologi dan peralatan moden bagi memudahkan proses penghasilan CS dan membuktikan keberkesanan CS berbanding antibiotik moden dalam memerangi penyakit. Hasilnya cukup menakjubkan.
Kajian-kajian yang dijalankan oleh Dr. Beck adalah bersifat "personal" demi untuk mencari kebenaran, samada CS benar-benar berkesan untuk membunuh kuman. Beliau hampir berseorangan di dalam membawa kebenaran CS kepada masyarakat umum.
Syarikat-syarikat farmasi Amerika melalui FDA (Food and Drug Administration) berusaha keras menafikan keberkesanan CS dan menakut-nakutkan masyarakat umum dengan ancaman Argyria, iaitu penyakit yang dikaitkan dengan penggunaan CS. Mereka juga berjaya menggubal undang-undang dan peraturan-peraturan bagi menyulitkan orang ramai menggunakan CS.
Lelaki dan wanita yang menghidap Argyria. Kulit mereka menjadi biru.
Usaha mereka yang beriya-iya untuk menghalang penggunaan CS dengan peraturan-peraturan yang berat sebelah berbanding antibiotik, mendatangkan syak wasangka dan tanda tanya kepada orang ramai. Akhirnya wujudlah satu teori konspirasi bahawa kerajaan Amerika bekerjasama dengan syarikat-syarikat farmasi bagi menghalang penggunaan CS. Penggunaan CS adalah ancaman besar kepada industri antibiotik mereka. Sekiranya benarlah keberkesanan CS seperti yang dilaporkan oleh Dr. Beck dan pengkaji-pengkaji lain di seluruh dunia, melalui kajian-kajian saintifik yang dijalankan, maka syarikat-syarikat farmasi semestinya berasa amat terancam. Tindak tanduk mereka menghalang CS dengan kerjasama FDA sedikit sebanyak menyerlahkan kebenaran Dr. Beck.
Sifat-sifat Air Colloidal Silver
CS zaman moden dihasilkan dengan cara hydrolisis. Dua komponen utama terhasil melalui proses ini iaitu ion perak dan partikel perak. Kedua-duanya berkesan dalam membunuh kuman-kuman.
Keberkesanan (potency) CS bergantung kepada saiz partikelnya yang kecil dan kuantitinya yang besar. Saiznya berbeza dari sekecil 0.0008 micron kepada 0.01 micron. Semakin kecil dan semakin banyak kuantiti partikel CS di dalam air, semakin efisen dan efektif ia dalam membunuh kuman, kerana kebarangkalian untuk partikel-partikel CS bertembung dengan "pathogens" (kuman) amatlah tinggi.
CS yang bermutu tinggi adalah berwarna jernih "crystal clear". Warna jernih ini disebabkan oleh saiz zarahnya yang kecil tidak dapat menyerakkan cahaya dengan baik. Warna kedua terbaik bagi CS ialah kuning cair. Warna kuning terhasil disebabkan penggabungan (aglomeration) partikel-partikel CS antara satu sama lain mengakibatkan saiz individu partikel menjadi lebih besar. Saiz partikel CS yang lebih besar dapat menyerakkan cahaya dengan lebih baik dan menghasilkan warna kuning. CS berwarna jernih boleh disimpan untuk jangkamasa yang lama dengan kejadian "fall out" (zarah-zarah yang jatuh) yang rendah. Namun begitu, CS berwarna jernih juga mempunyai kemungkinan untuk bertukar warna kepada kuning atau lain-lain warna bergantung kepada faktor persekitaran seperti pendedahan kepada cahaya, elektromagnet, suhu, getaran dan kocakan dan sebagainya.
CS berwarna kuning selamat digunakan di luar dan di dalam tubuh. Namun keberkesanannya agak kurang kerana partikelnya yang lebih besar sukar diserap oleh tubuh. Rasanya juga akan lebih kelat di tekak berbanding CS berwarna jernih.
CS mesti disediakan menggunakan air suling (steam distilled water). Jika tidak, garam-garam galian yang terdapat di dalam air akan membentuk silver nitrate, silver phospat atau silver chloride yang boleh menukar warna kulit manusia kepada biru, gejala yang dikenali sebagai Agyria. Namun penyakit Agyria teramat jarang berlaku di dunia ini.
Mengikut satu kajian yang dijalankan oleh Institute of Microbiology di Rome, Italy, dan diterbitkan di dalam Applied and Environmental Microbiology, bulan December, 1992, perak yang wujud di dalam larutan garam adalah 100 kali kurang berkesan berbanding perak yang wujud sebagai koloid atau ion. Ringkasnya, semasa pembuatan CS, gunakan air suling untuk mendapatkan 100 kali ganda kemujaraban (potency) berbanding penggunaan air paip atau air Reverse Osmosis (R.O).
Bagaimana Colloidal Silver berfungsi
| |
Kuman yang normal
| Kuman hancur selepas bertembung partikel dan ion silver
|
Apabila CS diminum, ia akan masuk ke dalam perut, usus, diserap ke dalam saluran darah dan akhirnya masuk ke dalam sel-sel tubuh atau dibuang dari tubuh badan dengan cara yang normal. Di dalam perjalanan ke sel-sel tubuh, CS akan bertembung dengan kuman-kuman penyebab penyakit (pathogens) lalu meneutralkan kuman-kuman tersebut yang akhirnya mematikan mereka. Kaedah pemusnahan kuman-kuman amat ringkas iaitu apabila zarah-zarah CS bertembung dengan kuman-kuman, kuman-kuman akan mati.
Ciri-ciri Colloidal Silver
CS ialah antibiotik semulajadi yang tidak mendatangkan kesan sampingan.
|
Susu yang dicampurkan dengan colloidal silver lebih tahan lama |
Berupaya membunuh lebih dari 650 jenis kuman penyebab penyakit yang terdiri dari mikroorganisma seperti virus, bakteria, fungus dan parasit.
Merangsang sistem immune tubuh untuk membina semula tisu-tisu dan sel badan yang telah rosak disebabkan oleh kuman dan racun
Berupaya membunuh kuman dalam masa sesingkat 3 minit apabila kuman didedahkan secara langsung dengan CS
Colloidal silver buatan sendiri
Colloidal Silver yang saya buat sendiri mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:
1. Perak yang digunakan adalah 99.97% tulen dan diimport dari Amerika Syarikat. Saya mempunyai sijil analisa makmal berlesen berhubung ketulenan perak tersebut.
Amaran: Perak yang tidak tulen atau kurang dari 99.9% tulen boleh menyebabkan keracunan logam berat seperti cadmium, plumbum, arsenic dan sebagainya.
2. Air yang saya gunakan adalah air suling melalui proses pengewapan yang mempunyai conductance di bawah 2 microsiemens. Air R.O mempunyai kandungan TDS dan mineral yang agak tinggi melebihi 8 microsiemens.
Amaran: Kandungan mineral atau garam yang tinggi di dalam air boleh menyebabkan penghasilan byproduct seperti silver chloride dan silver nitrate yang dikaitkan dengan penyakit Agyria iaitu seluruh badan menjadi biru.
3. Current atau arus elektrik yang digunakan dalam proses hydrolisis adalah di bawah 7.5 mA bagi memastikan partikel-partikel silver yang dihasilkan berkualiti tinggi iaitu bersaiz kecil dan berwarna jernih. Current yang rendah menyebabkan masa yang diambil untuk memasak 380ml CS kepada 10ppm adalah di antara 1:15 - 1:30 minit. Satu litar elektrik yang mengawal arus dan menukar polarity terpaksa dicipta dan digunakan untuk menghasilkan colloidal silver yang berkualiti tinggi.
Nota: Kegagalan mengawal arus menyebabkan zarah-zarah silver terhasil akan menjadi besar dan seterusnya bertukar menjadi kuning cair. Zarah-zarah silver yang besar sukar diserap oleh sel-sel tubuh.
4. Kepekatan CS yang dihasilkan adalah di antara 10-15ppm. Kepekatan disukat dengan menggunakan Hanna PWT meter.
5. Air suling yang digunakan dibacakan ke atasnya doa-doa dan ayat-ayat Al-Quran bagi mempertingkatkan kemujarabannya (potency) dalam merawat penyakit. Kajian saintifik telah dijalankan oleh seorang ahli sains Jepun bernama Dr. Masaru Emoto bagi membuktikan bahawa air yang didoakan boleh berubah bentuk susunan molekul-molekulnya kepada bentuk yang lebih efisen untuk diserap oleh tubuh manusia. Ref.http://www.masaru-emoto.net/english/e_ome_home.html.
Air yang telah dijampikan boleh berubah susunan molekulnya seperti di atas.
6. Air Colloidal silver yang saya hasilkan telahpun saya uji untuk diri sendiri, keluarga, pesakit-pesakit saya dan pelanggan-pelanggan setia. Alhamdulillah, ia berjaya membunuh kuman. Ini tidak bermakna ia berjaya meyembuhkan penyakit. Apabila kuman-kuman di dalam tubuh dibunuh atau diancam, mereka akan bertindakbalas dan ini boleh menyebabkan berbagai-bagai reaksi kepada tubuh. Hal ini ada dijelaskan di dalam laman ini.
Jenis-Jenis Penyakit Yang Mampu Dirawat Oleh Colloidal Silver
kelemumur -dandruff
Ketumbik - sties
Sakit kulit - eczema
Luka - wounds and cuts
Sindrom keletihan yang berpanjangan - chronic fatigue syndrome
Fibromyalgia
Rheumatoid arthritis
lupus
MS
Kanser - cancer
Jantung - heart disease
Resung - Sinus Infection
Lelah - Asthma
Bronchites
Batuk
Demam
Gastrik
Kencing manis - Diabetes
Kanser
Hepatitis
Mata Ikan dalam mulut - mouth ulcer
Sejarah Penggunaan Colloidal Silver
Tentera Rom menggunakan silver foil (kertas perak) untuk membalut luka peperangan untuk menghalang jangkitan kuman.
Masyarakat Cina purba menumbuk halus perak lalu dijadikan serbuk dicampur air dan diminum bagi merawat penyakit usus dan penyakit kelamin.
Pada zaman "Black Plaque" atau wabak penyakit di England pada kurun ke 16, golongan bangsawan British memberi makan anak-anak mereka menggunakan sudu perak bagi mengelak wabak penyakit. Kaedah ini terbukti berjaya. Ketika itu "Black Plaque" hanya menyerang masyarakat miskin sahaja dan tidak golongan bangsawan.
Masyarakat Phoenicians dan Mesir purba meletakkan perak di dalam tong minuman mereka semasa belayar di lautan dengan tujuan menjaga kesucian air minuman mereka.
Kajian-Kajian Saintifik CS
Berikut adalah nama-nama mereka yang berjasa besar dalam mengenegahkan kelebihan CS melalui kajian-kajian saintifik yang mereka lakukan:
Dr. Carl Moyer (Chairman of Washington University’s Department of Surgery) Dr. Harry Margraf
Dr. Larry C. Ford of UCLA Medical School
B. Fowler & G. Nordberg
N. Simonetti
T. Berger
T.Wlodkowski
H. Rosenkranz